Menurut isteri mendiang iaitu Fern Loo kepada sebuah portal berita tempatan, pelakon veteran berusia 68 tahun itu telah dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu setelah tahap kesihatan Chan merosot teruk.

“Pada awalnya nampak seperti tidak begitu serius dan kami fikirkan dia akan kembali stabil serta sembuh seperti sedia kala,” memetik kenyataannya disebuah laman sosial.

Watak Bibik Kim Neo yang didukung oleh Chan cukup dikenali sehinggakan sitkom Baba Nyonya berjaya mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai siri komedi paling lama disiarkan di negara ini.

Populariti luar biasa yang diraih program tersebut bukan sahaja membuka mata penduduk Malaysia akan kewujudan etnik minoriti tersebut, sekali gus memperkenalkan budaya milik kaum peranakan itu ke seluruh pelusuk tanah air.