Pelan Rasionalisasi 1MDB berjaya – Arul – Channel W

Pelan Rasionalisasi 1MDB berjaya – Arul

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad, K Arul Kanda memaklumkan,  pelan rasionalisasi  (1MDB) yang bermula sejak 2016 kini berjalan lancar,

“Sejak  pembangkang mempolitikkan isu perniagaan ini sekaligus menjadikan agenda politik bagi  menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik 3 tahun lalu kini, ia semakin jelas mampu berkembang.

“Malanglah bagi mereka kerana rancangan rasionalisasi dalam jagaan saya, berjaya,“ katanya yang dipetik daripada temubual ASIA CNBC.

Arul Kanda memaklumkan bahawa  pihaknya kerap memberi penerangan kepada media  serta turun padang bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu pelaburan kerana syarikat itu mempunyai aset mencecah US$1.1 bilion dan bon yang didagangkan berjumlah US$7.75 bilion di pasaran.

“Komuniti perniagaan dan pelaburan antarabangsa melihat 1MDB berjaya melepasi isu-isu lama dan kini komited untuk melabur dalam projek-projek syarikat.

“1MDB juga tidak mempunyai masalah kewangan dan memenuhi semua tanggungjawab hutang secara penuh dan tepat pada waktunya, dan kami menjangkakan dapat melakukannya sehingga sampai tempoh matang hutang akhir harus dibayar.

“Kami juga menjual aset dan memindahkan pemilikan aset kepada Kementerian Kewangan supaya ia dapat dikembangkan secara bebas,” kata beliau menerangkan beberapa kerangka pelan yang berjaya dilakukan.

Selain itu, ketika ditanya mengenai tindakan pembangkang yang menggesa siasatan berterusan dilakukan ke atas 1MDB, Arul Kanda berkata Bank Negara Malaysia sudah menyelesaikannya.

“Malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang terdiri daripada 14 orang ahli, termasuk lima ahli parlimen pembangkang turut mengemukakan laporannya pada April 2016, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans