Pelancong Britain Terjatuh Di Gunung Mulu Meninggal Dunia – Channel W

Pelancong Britain Terjatuh Di Gunung Mulu Meninggal Dunia

MIRI – Pelancong lelaki warga Britain, Nigel Bevan yang kritikal setelah terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu semalam, meninggal dunia pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata menurut pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi kejadian, ketika mereka berjaya menemui pelancong berusia 50 tahun itu malam tadi, beliau masih sedar dan boleh bercakap.

Mangsa, bagaimanapun tidak sedarkan diri semasa dibawa turun ke bawah pada 2.28 pagi, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata Unit Udara Bomba Miri dari Mulu kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Miri menerima rawatan pada 9.35 pagi ini.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala akibat terjatuh di laluan dikenali sebagai ?Pinnacle Trail’ di Gunung Mulu semalam.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans