Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh salah seorang anak tirinya, Hafiz dalam laman sosial Facebook yang mengesahkan pelakon tersebut menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat sejak September lalu.

“Ayah telah pergi dijemput Ilahi pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak.

“Mohon doa semua agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan terpilih,” katanya di dalam status terkininya.

Channel W mengucapkan takziah kepada keluarga arwah seniman tanah air ini. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang disayangi dan dirahmatiNya.