Pembangunan di Langkawi hanya yang untungkan rakyat – Channel W

Pembangunan di Langkawi hanya yang untungkan rakyat

Perancangan pembangunan di Langkawi hanya akan dilaksanakan selepas mengambil kira semua aspek khususnya yang memberi manfaat kepada penduduknya.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perancangan ini dibuat bagi memastikan tahap keseimbangan dapat dicapai di antara hasrat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengekalkan keadaan semula jadi di pulau ini.

Jelas beliau, ia mengambil kira deklarasi UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu) menjadikan Langkawi sebagai Geopark Global sebelum melaksanakan sebarang pembangunan.

Menurutnya, kurangnya tumpuan kepada aspek ini boleh menyebabkan Langkawi kurang menjadi tarikan kepada pelancong yang ingin melihat keindahan semula jadinya yang unik.

Ahmad Bashah berkata kerajaan tidak mahu rakyat terus dibelenggu keadaan kemiskinan kerana terlalu terikat untuk memelihara alam sekitar sehingga tidak dapat melaksanakan apa-apa pembangunan di pulau ini.

Menurutnya pembangunan yang dirancang di Langkawi tidak hanya dipandu oleh keperluan untuk menjaga keadaan semula jadinya semata-mata.

Katanya keperluan kawasan riadah hijau untuk orang ramai seperti Taman Lagenda yang terletak di Pekan Kuah sentiasa menjadi keutamaan kerana ia merupakan satu tarikan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans