Pembantu Pegawai Teknik TM Didakwa Palsu Dokumen RM4.7 juta – Channel W

Pembantu Pegawai Teknik TM Didakwa Palsu Dokumen RM4.7 juta

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pembantu pegawai teknik Telekom Malaysia Berhad hari ini didakwa atas 54 pertuduhan memalsukan dokumen untuk mendapatkan tuntutan wang bagi kerja baik pulih kerosakan kabel berjumlah RM4.7 juta, antara 2016 dan 2017.

Mohd Faizal Abdul Halim, 36, yang kini peniaga, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama hingga 54, dia didakwa sebagai seorang ejen kepada Telekom Malaysia Berhad atas kapasiti pembantu pegawai teknik di Cawangan Unit External Network Zone (ENZ) Anggerik, Bandar Tun Razak, telah menggunakan dengan niat hendak memperdayakan empat penolong pengurus Telekom Malaysia, dokumen Maintenance Order (MO) dengan jumlah keseluruhan RM4.7 juta.

MO itu didakwa mengandungi butir-butir kandungan palsu yang sebenarnya tiada kerja kerosakan yang berlaku.

Mohd Faizal dituduh melakukan kesalahan itu di Telekom Malaysia Logistik Cheras di sini antara Januari 2016 dan Mac 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM S.Thangavelu menawarkan jaminan RM1 juta bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh diwakili peguam K. F. Wong.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin berserta syarat pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM berdekatan, sekali setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans