Pembubaran Parlimen Berkuatkuasa Sabtu 7 April – Channel W

Pembubaran Parlimen Berkuatkuasa Sabtu 7 April

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa Sabtu 7 April untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau berkata demikian dalam satu Pengumuman Khas kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Semua Ketua Pemimpin negeri iaitu Menteri Besar dan Ketua Menteri dinasihatkan mengadap Ketua Negeri masing-masing supaya PRU14 dapat diselaraskan serentak di seluruh negara.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi Raja Berparlimen, kuasa memilih kerajaan adalah di tangan rakyat dan bukan berdasarkan undi popular,” katanya.

Mulai saat dan ketika ini, beliau dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turun padang ke seluruh negara untuk bertemu rakyat membawa manifesto yang mengandungi lebih banyak pembangunan kepada negara.

“Kami berikrar akan melakukan yang terbaik meneruskan transformasi yang lebih baik kepada rakyat, apa yang pasti perjalanan transformasi tidak boleh terhenti di sini sahaja,” katanya lagi.

Tambahnya, jika rakyat berfikir dengan akal yang waras menilai sewajarnya, apa yang dilakukan kerajaan BN, terbukti cemerlang sejak 9 tahun lalu, kerajaan telah berjaya menjaga keamanan negara, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mempunyai pelan pembangunan hidup rakyat yang lebih terancang selepas ini.

“Kita telah berjaya membangunkan negara dan kita akan terus menyempurnakan tugas kita lebih bersungguh-sungguh dan mengangkat negara sebagai 20 huah negara terbaik di dunia,” ikrar Najib.

Diakhir ucapannya, Datuk Seri Najib bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans