PRU14: Penamaan Calon di Selangor Sengit – Channel W

PRU14: Penamaan Calon di Selangor Sengit

Menjelang Penamaan Calon yang akan diumumkan esok, persaingan sengit akan diperlihat di beberapa kawasan Parlimen BN Selangor.

Ia kali ini menampilkan kelainan dimana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PKR, PAS dan PH.

Antara kawasan parlimen itu ialah Tanjong Karang, Shah Alam, Gombak, Pandan dan Ampang.

Di Tanjong Karang BN masih mempertaruhkan calon sama iaitu Tan Sri Noh Omar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, bakal bertembung dengan calon dari PAS, Nor Az Azlan Ahmad dan Kapten (B) Datuk Dr Zulkaferi Hanafi dari PPBM.

Beralih ke Shah Alam, undian yang dahulunya kuat kepada PAS kini berpecah dua apabila PAN masib mempertaruhkan Khalid Samad setelah beliau memegang parlimen itu selama dua penggal, bertembung dengan Datuk Azhari Shaari dari BN yang merupakan anak tempatan Shah Alam dan Dr Mohd Zohdi Marzuki, merupakan Pesuruhjaya PAS Pusat.

Di Gombak pula, ia menampilkan keunikan dimana adik beradik di antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan adiknya Azwan Ali bakal bertembung di parlimen yang sama untuk kerusi PKR dan BEBAS, dikatakan dengan tujuan yang Azwan ingin mendedahkan segala ketidaktelusan yang dibuat oleh abangnya selama Azmin menjadi Menteri Besar Selangor.

Pertembungan itu menjadi perbualan ramai netizen sekaligus menjadi saat yang mendebarkan untuk rakyat melihat gelagat dua calon tersebut pada hari Penamaan Calon esok.

Di Parlimen itu juga  bakal bertembung dengan dua lagi kerusi lain iaitu Khairil Nizam Khirudin dari PAS dan Abdul Rahim Pandak Kamaruddin dari BN.

Ia turut menimbulkan persoalan adakah Azmin pada PRU kali ini mampu mengekalkan kuasanya di Parlimen Gombak memandangkan jentera PAS adalah penyokong kuat Azmin sewaktu PRU13, namun kini Pakatan Rakyat telah berpecah sehingga menyebabkan PAS meletakkan calonnya sendiri di kesemua parlimen.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilihat telah lari dari Permatang Pauh dan kemudiannya bertanding di kawasan yang populasi penduduknya adalah Cina iaitu di Pandan.

Kedudukan Wan Azizah di parlimen itu adalah bagi menggantikan kedudukan Rafizi Ramli, bakal bertembung dengan dua parti lain Leong Kok Wee dari MCA dan Mohamed Sukri Omar dari PAS.

Turut difahamkan bekas ahli DAP iaitu Jenice Lee turut bertanding di parlimen tersebut di bawah tiket BEBAS.

Begitu juga di Ampang, PKR sekali lagi mempertaruhkan Zuraida Kamaruddin di parlimen itu meskipun telah terpalit dengan beberapa isu kontroversi seperti rumah disneyland bernilai lebih RM5 juta yang dibina kartelnya iaitu Adam Rosly.

Zuraida bakal bertembung dengan Nurul Islam Mohamed Yusoff dari PAS dan Leong Kim Soon dari MCA.

Kali ini BN Selangor menampilkan kelainan dengan meletakkan calon berbangsa Cina di Parlimen itu, berbeza dengan sebelum ini yang meletakkan Rozaidah Talib sebagai saingan kepada Zuraida.

Rata-rata kesemua parti menggunakan strategi yang sama dengan mempertaruhkan pemimpin tertinggi di kawasan yang boleh dimenangi.

Namun sedikit kelainan PAS meletakkan beberapa orang selebriti sebagai calon seperti  Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin di DUN Sungai Burong, serta Nushi Mahfodz di Parlimen Bangi.

Secara keseluruhannya, PAS Selangor bertanding sebanyak 20 kerusi Parlimen dan 47 kerusi DUN dengan sembilan calon wanita serta dua bukan Islam iaitu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor diangkat sebagai calon.

Sama seperti PH, BN Selangor juga mempertaruhkan 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN Selangor yang akan bertanding.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans