Pencapaian STPM 2017 Meningkat – Channel W

Pencapaian STPM 2017 Meningkat

PUTRAJAYA – Pencapaian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2017 meningkat sebanyak PNGK 2.76 berbanding PNGK 2.71 pada 2016.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata ini menunjukkan peningkatan nasional yang memberangsangkan dalam kesemua kriteria pengukuran pencapaian tersebut.

Beliau berkata peningkatan itu adalah terbaik dan mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013.

Bagaimanapun, katanya peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00 mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 0.18 peratus berbanding pada 2016.

“Seramai 485 calon STPM 2017 peroleh PNGK 4.00, menurun sebanyak 1.13 peratus berbanding 565 calon (1.31 peratus) pada 2016,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan itu, di sini hari ini.

Mohamed Mustafa berkata bilangan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas meningkat kepada 6,408 calon pada 2017 berbanding 6,137 calon pada 2016.

Jumlah calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas turut meningkat daripada 16,263 calon dalam STPM 2016 kepada 17,423 orang pada tahun lalu.

“Saya menjangkakan bilangan peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke Universiti Awam adalah lebih besar.

“Ini berikutan peningkatan peratusan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus pada tahun 2016,” katanya.

Mohamed Mustafa berkata bilangan dan peratusan calon yang mendapat 5A dan 4A menurun sedikit iaitu daripada 575 calon pada STPM 2016 kepada 521 calon dalam peperiksaan tahun ini.

Mohamed Mustafa berkata peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran meningkat kepada 72.02 peratus berbanding 71.88 peratus pada 2016.

Peningkatan ini juga memberi gambaran bahawa pencapaian calon tingkatan enam di sekolah kerajaan kini semakin baik, dipercayai hasil pelaksanaan inisiatif Pemerkasaan Tingkatan Enam yang giat diusahakan Kementerian Pendidikan, katanya.

Beliau berkata secara keseluruhannya, kesemua 22 mata pelajaran yang ditawarkan dalam STPM 2017 mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

Sebagai menghargai pencapaian cemerlang sekolah yang mempunyai Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi, MPM memberikan sijil penghargaan kepada 10 sekolah kerajaan terbaik pada STPM 2017, katanya.

Sekolah-sekolah itu adalah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan; SMK Hua Lian, Taiping, Perak; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan.

SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak; SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang; SMK Kangkong, Pasir Mas, Kelantan; SMA Maarif, Besut, Terengganu; SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan dan SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor.

Dalam pada itu, beliau berkata MPM buat julung kalinya memberikan Anugerah Khas MPM kepada lima pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan STPM 2017.

Anugerah Khas itu berdasarkan pendapatan isi rumah ibu bapanya RM930 ke bawah bagi Semenanjung Malaysia, RM1,170 ke bawah Sabah dan Labuan serta RM990 ke bawah bagi Sarawak.

Mereka ialah Maryam Nurul Izzah Abdul Aziz dari SMK Tok Janggut, Pasir Puteh Kelantan; Chee Fong Ting (SMK Sam Tet, Ipoh, Perak); K. Praveesh Rao (SMK Cyberjaya, Selangor); Rafeah Sekan (SMK Putatan, Penampang, Sabah) dan Ebelind Min Anak Slanjat (SMK St Augustine, Betong, Sarawak).

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans