Pencarian MH370 Sudah Liputi 8,200km Persegi – Liow – Channel W

Pencarian MH370 Sudah Liputi 8,200km Persegi – Liow

PUTRAJAYA – Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 sudah meliputi kawasan seluas 8,200 kilometer persegi namun belum menemui apa-apa, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kehilangan pesawat itu merupakan sebagai antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing 8 Mac, 2014 pesawat MH370 yang membawa penumpang seramai 239 dan anak kapal hilang dari radar pada hari tersebut.

Operasi pencarian MH370 oleh Ocean Infinity adalah berdasarkan terma “no cure no fee” iaitu pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat ditemukan dalam tempoh masa 90 hari.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini, Liow berkata dua pegawai Malaysia telah dihantar untuk menyertai misi pencarian tersebut dan seorang lagi pegawai pula akan dihantar minggu depan.

“Kami yakin pencarian akan dapat menemukan pesawat hilang itu,” katanya. – Bernama

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans