Pencegahan dan pemeriksaan awal harus jadi gaya hidup sihat – Najib – Channel W

Pencegahan dan pemeriksaan awal harus jadi gaya hidup sihat – Najib

Demi menghargai cetusan idea dan pandangan Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri hari ini melancarkan Institut Kanser Negara di Putrajaya.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, ia bertujuan bagi memupuk kesedaran lebih awal tentang langkah dan pencegahan awal akan bahayanya kanser serta gaya hidup sihat.

“Ini mesti kita beritahu dan menyebarkan secara luas kerana bidang ini adalah bidang yang paling banyak kerajaan memberi subsidi,yang kita tanggung pada setiap tahun. saya nak beri pengiktirafan kepada mantan perdana menteri kita,walaupun beliau tidak dapat hadir bersama kita hari ini tapi kewujudan IKN ini adalah cetusan inisiatif yang dibuat Pak Lah sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian  Institut Kanser Negara yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Dr S. Subramaniam.

PM, berucap di Institut Kanser Negara

Tambahnya, Institut Kanser Negara itu dilihat mendapat sambutan begitu menggalakkan berikutan jumlah pesakit yang hadir meningkat sejak 2013.

“Kita mesti beri penghargaan kepada Pak Lah dan kejayaan IKN ini mengikut maklumat bermula 550 pesakit pada 2013 dan meningkat lepada 10,864 pada 2014.dan kemudia meningkat lagi kepada 37,452 pesakit.

“Ini merupakan kenaikan mendadak dan pusat ini mendapat sambutan yang mendadak di kalangan rakyat.kita akan teruskan usaha untuk memajukan lagi bidang kesihatan negara dan kejayaan ini akan dibukukan seperti mana yang disebut,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama Perdana Menteri turut berkata nilai peruntukan kepada kesihatan sebanyak RM27 bilion itu selaras dengan teras utama yang diletakkan dalam Manifesto BN itu.

“Peruntukan untuk bidang kesihatan pada 2018 adalah meningkat kepada RM27 billion berbanding tahun lepas iaitu hampir 26 billion sahaja.

Ini kerana kita mendokong akujanji yang diletakkan dalam Manifesto BN bahawa amalan gaya hidup sihat adalah perkara pertama daripada 14 teras yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan BN sendiri,” ujarnya lagi.

Najib turut memberi mesej kepada rakyat agar memberi tumpuan terhadap pemakanan yang baik sebagai langkah awal mencegah daripada penyakit seperti obesiti dan sebagainya.

Datuk Seri Najib sentiasa menerima sambutan baik daripada orang ramai terutama penjawat awam.

“Kita ini memerlukan amalan pemakanan yang baik, senaman secara kerap, tidur yang cukup, kita pakejkan supaya rakyat bertambah sihat dari semasa ke semasa. selain itu kita juga perlu mengurangkan hypertension yang banyak berlaku dalam masyarakat Malaysia, ini semua adalah mesej yang patut diterapkan kepada semua rakyat,” jelasnya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans