Masih boleh daftar untuk BR1M, pendaftaran dilanjutkan – Channel W

Masih boleh daftar untuk BR1M, pendaftaran dilanjutkan

Berita baik kepada mereka yang berpendapatan rendah. Jika anda masih belum mendaftar kepada BR1M, Perdana Menteri hari ini mengumumkan bahawa tarikh tutup pendaftaran untuk BR1M 2018 telah dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018.

Berita baik ini diumumkan beliau dalam akaun twitter nya semalam.

Berita ini sudah pasti disambut baik oleh mereka yang tidak sempat mendaftar atau mengemaskini maklumat kerana kesibukan hujung tahun atau masalah banjir.

Mungkinkah anda layak untuk menerima BR1M? Cuba tengok syarat kelayakan dibawah ini.

Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2018?
i. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
ii. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
ii. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

iii. Bujang (individu) yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
iv. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 tidak layak untuk memohon BR1M 2018

Kalau anda layak dan belum mendaftar lagi, cepat-cepat daftar secara online di portal LHDN http://ebr1m.hasil.gov.my. Untuk panduan penggunaan portal tersebut, boleh download dokumen PDF di sini.

Bantuan BR1M 2018 adalah dari RM450 untuk individu dan hingga RM1,200 untuk seisi rumah.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans