Tinjauan Channel W mendapati beberapa kampung seperti Lachang, Jejawi dan Tasik Bakong mula membuat persiapan awal menghadapi banjir.

Penduduk turut mempersiapkan bot untuk dijadikan pengangkutan utama selepas laluan masuk ke kampung mereka ditenggalami banjir sedalam 0.7 meter.

Ini ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan berlakunya peningkatan paras air Sungai Golok.

Menurut laman sesawang infobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok kini berapa pada tahap waspada iaitu 7.75.