Penduduk Palestin Maut Selepas Ditembak Rakyat Israel – Channel W

Penduduk Palestin Maut Selepas Ditembak Rakyat Israel

BAITULMAQDIS – Seorang lelaki Palestin maut sehari selepas ditembak ketika cuba menikam rakyat Israel menggunakan sebatang pemutar skru.

Insiden itu berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di kawasan perindustrian Mishor Adumim di Tebing Barat, yang terletak berhampiran penempatan Yahudi di timur Baitulmaqdis.

Menurut polis, lelaki Palestin itu ditembak oleh pejalan kaki, sebelum beliau sempat menyerang rakyat Israel terbabit dan dibawa ke hospital akibat kecederaan serius yang dialaminya.

Kejadian itu berlaku ketika ketegangan semakin memuncak di kawasan berkenaan sejak penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di sempadan Gaza pada 30 Mac.

Pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera Israel menyebabkan 31 rakyat Palestin terkorban. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans