Penembak Negara Hadiahkan Pingat Gangsa di GC2018 – Channel W

Penembak Negara Hadiahkan Pingat Gangsa di GC2018

Satu lagi kutipan pingat gangsa  untuk negara.

Penembak negara, Alia Sazana Azahari berjaya merangkul pingat gangsa Sukan Komanwel 2018 acara 25m pistol wanita.

Dalam pertandingan yang diadakan di Belmont Shooting Centre itu,  penembak berusia 27 tahun itu berjaya mengumpul 26 mata.

Pingat emas menjadi milik penembak India, Heena Sidhu yang turut mencatat  rekod baharu temasya dengan 38 mata, manakala pingat perak milik penembak Australia, Elena Galiabovitch dengan 35 mata.

Kejayaan meraih pingat kali ini sekaligus menebus kekecewaan Alia pada penampilan pertama di temasya kedua terbesar dunia itu apabila menduduki tempat keempat di Glasgow 2014.

Dengan kemenangan pingat gangsa itu menjadikan kutipan emas masih 2, Perak 1 dan 3 bagi pingat gangsa.

Sumber – Laman Web Rasmi GC2018

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans