Pengeksport Malaysia pesat berkembang di platform Tmall Global China – Channel W

Pengeksport Malaysia pesat berkembang di platform Tmall Global China

Malaysia merupakan antara pengeksport paling pesat berkembang dalam Tmall Global China, platform runcit perniagaan-kepada-pengguna (B2C) rentas sempadan Tmall.com Alibaba Group.

Laporan  Tahunan Global Tmall Global 2017 yang dikeluarkan baru-baru ini, menunjukkan Malaysia merupakan pengeksport ketujuh paling pesat berkembang di Tmall Global selepas negara khusus seperti Greece, Chile, Poland, Hungary, Sepanyol, Brazil, Austria, Israel, dan Denmark, diukur dari segi pertumbuhan tahun ke tahun.

Kategori produk Malaysia yang paling popular ialah produk makanan, kopi, dan produk ibu dan bayi seperti kereta sorong bayi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Negara khusus membabitkan negara dengan nilai jualan di Tmall Global menyumbang sekurang-kurangnya 0.02 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan menerusi platform dalam talian.

Sementara itu, laporan itu mengatakan Tmall Global mengekalkan kedudukannya sebagai platform e-dagang B2C terbesar bagi produk yang diimport di China, dengan penguasaan pasaran sebanyak 27.6 peratus pada suku keempat 2017.

Masih ada potensi yang belum diteroka dalam sektor ini, dengan laporan itu menganggarkan pertumbuhan tahunan sebanyak 20 peratus dalam jumlah urus niaga dan skala pasaran sebanyak 620 bilion yuan (RM381.30 bilion) menjelang 2019, katanya.

Laporan itu diterbitkan bersama oleh Tmall Global, dan CBNData, penyedia penyelidikan dan analisis data raya.

– Bernama

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans