Pengeksport, Pengimport Dan Pemborong Pertanian Perlu Patuh Peraturan GPL – FAMA – Channel W

Pengeksport, Pengimport Dan Pemborong Pertanian Perlu Patuh Peraturan GPL – FAMA

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menasihatkan pengeksport, pengimport dan pemborong supaya mematuhi Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) dalam usaha meningkatkan kualiti serta mutu pengeluaran pertanian sebelum dipasarkan di dalam atau luar negara.

Pengarah Penguatkuasa Bahagian Regulatori FAMA, Sabri Naseh berkata perkara berkenaan penting bagi memastikan semua pengeluaran pertanian digredkan, dibungkus serta dilabel dengan cekap untuk pemasaran pertanian keluaran tempatan.

Beliau berkata dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Pasar Borong Kuala Lumpur, sehingga awal pagi ini, masih terdapat pihak dalam industri berkenaan dikesan gagal mematuhi peraturan GPL yang telah ditetapkan.

“FAMA mengeluarkan 15 surat amaran kepada pemandu lori yang membawa masuk bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak mengikut peraturan GPL.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mempunyai pelabelan yang lengkap, pembungkusan yang tidak sempurna serta kualiti sayur-sayuran yang kurang baik,” jelasnya

Sabri berkata walaupun jumlah kes yang dilaporkan tidak banyak tetapi pihak FAMA memandang serius perkara berkenaan dan operasi GPL akan dipergiatkan supaya kes yang sama tidak berulang.

“Pelaksanaan operasi peraturan GPL akan dapat memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menjual produk pertanian gred bawah pada harga yang tinggi.

“Oleh yang demikian, FAMA mahu memberikan penekanan berkaitan peraturan GPL bermula daripada peringkat awal produk pertanian dihasilkan supaya pengguna dapat produk yang berkualiti mengikut harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata operasi GPL produk pertanian dilakukan bermula di ladang, pasar borong, pasar awam serta pasar raya yang menjual produk-produk pertanian.

Operasi bersepadu yang berlangsung selama enam jam berakhir pada 4 pagi hari ini dijalankan melibatkan 50 pegawai dan anggota dari FAMA, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans