Pengubahsuaian RM40 Juta Sempena Ulang Tahun ke-20 Dorsett KL – Channel W

Pengubahsuaian RM40 Juta Sempena Ulang Tahun ke-20 Dorsett KL

KUALA LUMPUR – Dorsett Kuala Lumpur menjalani pengubahsuaian melibatkan kos RM40 juta untuk memberikan pengalaman baru kepada para tetamunya, sempena ulang tahun ke-20.

Pengurus Besarnya Adele Ang berkata hotel yang terletak di tengah-tengah ibu negara itu, menyasar untuk terus memainkan peranan aktif dan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan industri hospitaliti Malaysia.

“Kami sangat teruja untuk mengukuhkan kehadiran dan jenama hotel dengan produk baru serta menawarkan peluang pertumbuhan,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 hotel berkenaan di sini malam tadi.

Sementara itu, Naib Pengerusi Dorsett Hospitality International, Jasmine Abdullah Heng berkata 20 tahun merupakan perjalanan yang panjang dan perkembangan yang dicatatkan adalah satu pencapaian yang hebat bagi hotel.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun, Dorsett Kuala Lumpur yang dipilih sebagai hotel rasmi untuk Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) Kedua, juga menawarkan diskaun bagi hidangan di Checkers Cafe.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari http://www.dorsetthotels.com/malaysia/kualalumpur

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans