Pengumuman Cuti Umum 9 Mei Tidak Wajar Jadi Isu – Channel W

Pengumuman Cuti Umum 9 Mei Tidak Wajar Jadi Isu

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan disambut baik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekaligus membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Hari mengundi bagi PRU14 yang jatuh pada hari Rabu itu menjadi bualan hangat netizen kerana hari bekerja.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pelaksanaan pilihan raya pada tarikh berkenaan, yang jatuh pada hari Rabu dan hari bekerja, bukanlah sesuatu yang baharu.

Menurutnya, rekod PRU sebelum ini menunjukkan bahawa ia telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU1 (1959), PRU6 (1982), PRU9 (1995) dan PRU10 (1999).

“Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu,” katanya.

SPR telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei depan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans