Pengurus Restoran Didakwa Sebar Bahan Lucah – Channel W

Pengurus Restoran Didakwa Sebar Bahan Lucah

KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan menganiaya seorang wanita dengan menyebarkan bahan lucah berkaitan wanita itu menerusi aplikasi di internet kira-kira tiga tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34, dituduh menggunakan aplikasi “webpress” menyebarkan bahan lucah itu di sebuah rumah di Chendering, dekat sini pada 3 petang, 16 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh dituduh mengulangi perbuatan sama pada 4 dan 7 Julai 2015 dengan menggunakan aplikasi blogspot di tempat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan boleh dihukum di bawah akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 April depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohd Sophian Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar Saharuddin.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans