Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, peniaga-peniaga dikehendaki manyalurkan penjimatan daripada kadar standard enam peratus kepada kadar sifar kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah.

Pihaknya meminta para peniaga tidak salah guna hasrat kerajaan untuk menurunkan harga barangan dan sekaligus memberi manfaat kepada pengguna.

Sehubungan itu katanya, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga berikutan barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada kadar enam peratus akan disifarkan mulai 1 Jun.

Tinjauan Channel W online, bermula minggu ini kebanyakkan premis jualan makanan dan restoran telah meletakkan papan tanda bahawa caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pengguna sebanyak 10 peratus.

Manakala harga barangan keperluan basah dan dapur juga meningkat naik serta menimbulkan rugutan dikalangan orang awam.