Peniaga diarah patuhi sifar GST 1 Jun ini -KPDNKK – Channel W

Peniaga diarah patuhi sifar GST 1 Jun ini -KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – KPDNKK memberi amaran kepada golongan peniaga agar mematuhi kadar sifar peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula Jumaat ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sekiranya ingkar, pihaknya akan mengambil tindakan menggunakan peraturan penguatkuasaan sedia ada.

Antaranya termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Jumaat lalu, 1,200 pegawai KPDNKK telah digerakkan ke kebanyakan pasar raya untuk memantau harga semasa dan harga tersebut akan dibandingkan dengan harga sifar GST pada 1 Jun depan.

“Pengguna perlu memastikan barangan yang dibeli pada 1 Jun ini pada kadar sifar GST ” katanya ketika ditemui.

Sebarang maklumat boleh disalurkan aduan kepada KPDNKK antaranya menerusi talian 03-80008000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) di 03-88826088.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans