Penjara 5 Tahun Akibat Mengamuk dan Mengacu Lembing Ke Arah Ibu – Channel W

Penjara 5 Tahun Akibat Mengamuk dan Mengacu Lembing Ke Arah Ibu

KOTA BHARU – Padah mengamuk di majlis tahlil dan mengacukan lembing ke arah ibunya, seorang mekanik dikenakan penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohammad Aieman Mohammad Sembili 25 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebilah mata lembing berhulu sepanjang 38.5 sentimeter tanpa sebarang kuasa yang sah di rumah di Cabang 3 Batu Jong, Kuala Krai jam 7.45 malam, pada 29 Mac 2018.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata 1958 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun.

Fakta kes, ketika ibu mangsa sedang memasak makanan tahlil di dapur, dia terdengar bunyi bising di ruang tamu dan mendapati anaknya mengamuk dengan menggunakan lembing berhulu kayu.

Tertuduh mengacukan senjata itu ke arah orang ramai yang berada di ruang tamu dan di luar rumah.

Orang ramai cuba menahan lelaki itu daripada terus mengamuk.

Lebih kurang sejam lelaki itu mengamuk sebelum polis datang menangkap dan membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu serius menggunakan senjata yang boleh membawa kecederaan dan kematian.

Tertuduh mengamuk di majlis tahlil dan mengacukan lembing kepada ibu serta orang ramai.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans