Kerjasama semua anggota pentadbir sangat diharapkan untuk memulihkan negara di mata dunia.

Dalam ucaptama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Perdana, Putrajajaya pagi tadi juga melahirkan rasa syukur sehingga kini tidak menghadapi masalah dan mendapat kerjasama yang baik daripada para pegawai.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan tindakan yang salah tetap salah.