PENJELASAN MENGENAI TARIKH TUTUP BORANG B BAGI TAHUN TAKSIRAN 2017 – Channel W

PENJELASAN MENGENAI TARIKH TUTUP BORANG B BAGI TAHUN TAKSIRAN 2017

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menjelaskan bahawa tarikh
tutup penghantaran borang B bagi tahun taksiran 2017 secara manual (borang kertas)
adalah pada 30 Jun 2018 manakala secara e-filing adalah pada 15 Julai 2018.

Pada masa yang sama LHDNM ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pembayaran
Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi saraan bulan Mei 2018 dan ansuran anggaran
cukai (CP204) adalah pada 15 Jun 2018.

Justeru LHDNM menggalakkan agar pembayaran cukai dilakukan lebih awal melalui
perbankan internet atau melalui ejen-ejen kutipan LHDNM bagi mengelakkan sebarang
kesulitan berikutan tarikh 15 Jun tersebut jatuh pada hari kelepasan am Hari Raya
Aidilfitri.

LHDNM juga ingin membuat pembetulan terhadap tarikh akhir bayaran ansuran CP500
untuk bayaran kali ke-3 seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Media LHDNM
bertarikh 11 Jun 2018 iaitu pada 30 Julai 2018 dan bukannya 15 Jun 2018.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans