Penoreh Getah Dihukum Penjara 20 Tahun – Channel W

Penoreh Getah Dihukum Penjara 20 Tahun

Padah menyebabkan kematian ibu bapa angkatnya selepas bom dipasang pada motosikal mereka meletup, seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu terhadap Cha Woon Fui, 29 tahun selepas mendengar hujahan mitigasi pihak pendakwaan dan pembelaan.
Ahmad dalam alasan penghakimannya berkata, tertuduh bernasib baik kerana pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan daripada kesalahan bunuh kepada menyebabkan kematian.
Mahkamah mengenakan hukuman penjara 20 tahun bagi setiap seorang mangsa.
Namun atas budi bicara, hukuman itu dijalankan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 7 Oktober  2015.
Keputusan dibuat dengan mengambil kira kepentingan awam selain memberi pengajaran kepada tertuduh serta orang ramai supaya jangan bermain dengan letupan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Cha Mok Liong, 72 tahun dan isterinya, Fong Ah Fong yang juga 72 tahun di Kilometer 10, Jalan Gua Musang-Pulai, dekat Kampung Pulai, Gua Musang, pada jam 9.10 pagi, 7 Oktober 2015.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shaharaliza Abdul Razak manakala tertuduh diwakili peguam yang dilantik mahkamah Cheah Poh Loon.
Pada 7 Oktober 2015, suami isteri warga emas ‘berkecai’ selepas motosikal mereka meletup akibat dipasang bom.
Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati mengenai tuntutan harta.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans