Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut – Channel W

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas dipercayai terbabas berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Hanif Mohamad Zin, 29.

Beliau berkata kejadian itu berlaku pada 10.15 malam, apabila motosikal ditunggang mangsa yang menghala ke Bulatan Pahang dari Kampung Pandan itu hilang kawalan ketika di selekoh dan terlanggar tiang lampu pada pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran dengan tiang lampu itu, kaki kiri mangsa terputus manakala motosikalnya terbakar. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah pada kepala,” katanya ketika dihubungi.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans