Penutupan Statue of Liberty Jejaskan Ekonomi AS – Channel W

Penutupan Statue of Liberty Jejaskan Ekonomi AS

Statue of Liberty yang tidak beroperasi disebabkan penutupan kerajaan Amerika Syarikat dibuka hari ini supaya terus menjadi simbol kepada ‘pendatang’ di seluruh dunia selain kepada ‘pelancong yang berada’.

Gabenor New York, Andrew Cuomo, menerusi Twitter rasminya berkata  simbol kebebasan itu tidak akan dibiarkan dan peluang ini dibayangi kegelapan.

Cuomo memaklumkan negeri itu mendapat dana untuk meneruskan pembukaan mercu tanda tersohor itu.

Cuomo yang juga ahli Demokrat berkata, tindakan menutup beberapa taman berhampiran tugu itu menjejaskan pemacu utama ekonomi New York.

Bercakap kepada pemberita di selatan Pulau Manhattan berlatarbelakangkan Statue of Liberty, Cuomo menjelaskan negeri itu akan menampung kos sebanyak AS$65,000 atau bersamaan RM256,002 yang diperlukan setiap hari untuk membayar pekerja persekutuan bagi memastikan taman itu dibuka.

Pulau Statue of Liberty menjadi lokasi pendatang yang baru tiba untuk diproses suatu ketika dulu.

Kini, ia menjadi tarikan kepada kira-kira 4.5 juta pengunjung setahun. Kebanyakannya datang dengan menaiki bot dari Manhattan.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans