Penyerang pasukan Jorge Pereyra Diaz tinggalkan JDT – Channel W

Penyerang pasukan Jorge Pereyra Diaz tinggalkan JDT

JOHOR BAHRU – Selepas ketua jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais mengumumkan meletak jawatan atas faktor kesihatan keluarga, penyerang pasukan itu Jorge Pereyra Diaz pula dikhabarkan meninggalkan pasukan.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards berkata pemain dari Argentina itu telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum JDT berlepas ke Vietnam untuk perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kami ingin memaklumkan kepada para penyokong bahawa pemain kami, Jorge Pereyra Diaz telah meninggalkan hotel penginapan pasukan pada 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.

“Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab,” katanya menerusi entri terbaharu laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

“Kami akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka bulan Jun nanti,” kata Edwards.

JDT kini menghuni tangga teratas Kumpulan H selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas kelab Indonesia, Persija Jakarta di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada 14 Februari lalu.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans