Penyewa PPR Diberi Tawaran ‘Rent-To-Own’ – Channel W

Penyewa PPR Diberi Tawaran ‘Rent-To-Own’

KUALA LUMPUR – Penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara akan diberi tawaran skim ‘rent-to-own’ (sewa untuk beli) dalam usaha kerajaan memberi pemilikan rumah kepada penyewa dan mewujudkan perasaan ‘self-belonging’ kepada rumah masing-masing.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata skim berkenaan akan ditawarkan hanya kepada penyewa asal.

“Oleh kerana kita dapati ada PPR yang disewa dan ada pula sewa atas sewa, jadi langkah pertama kita akan buat ‘pemutihan’ untuk pastikan mereka yang berada di situ adalah penyewa asal

“Apabila kita buat pemutihan kita akan beri penawaran kepada mereka dengan skim rent-to-own yang mana pihak penyewa ini diberi tawaran memiliki rumah dengan tanpa apa-apa deposit.

“…Sekiranya kita dapati penyewa ini merupakan pembayar sewa yang baik, sewaan yang mereka buat sebelum ini akan diambil kira,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Noh menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) berhubung mekanisme dalam soal memberi hak milik kepada penyewa PPR.

–BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans