Penyokong Juventus Rai ‘Bicycle Kick’ Ronaldo – Channel W

Penyokong Juventus Rai ‘Bicycle Kick’ Ronaldo

Cristiano Ronaldo muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam 10 perlawanan Liga Juara-Juara berturut-turut apabila dia meledak dua gol untuk kemenangan 3-0  juara bertahan Real Madrid ke atas Juventus pada aksi pertama suku akhir awal pagi tadi.

Ronaldo membuka jaringan di Turin hanya tiga minit selepas sepak mula dan menambah gol kedua sejam kemudian dengan sepakan gunting, menjadikan 14 gol keseluruhan dijaringkan dalam saingan tertinggi Eropah itu musim ini.

Penyerang Juventus Paulo Dybala dibuang padang pada minit ke-66 sebelum Ronaldo membuat umpanan kepada Marcelo untuk gol ketiga yang memberikan bekalan selesa buat Real menjelang aksi timbal balik di Madrid pada 11 April.

Bintang 33 tahun Portugal itu sebelum ini berkongsi rekod jaringan dengan bekas rakan sepasukan Manchester United Ruud van Nilstelrooy, yang menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut antara tahun 2002 dan 2003.

Sementara itu pengendali Juventus Massimiliano Allegri mengakui kekalahan berkenaan sukar diterima selepas turut tewas pada aksi final di Cardiff tahun lalu.

Ronaldo – yang kini meledak 23 gol dalam semua pertandingan untuk Madrid tahun ini – menerima tepukan hormat daripada penyokong Juventus selepas tamat permainan. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans