Penyokong sambut kepulangan pemain Croatia seperti juara – Channel W

Penyokong sambut kepulangan pemain Croatia seperti juara

Meskipun tumpas di tangan Perancis pada final Piala Dunia bola sepak kelmarin, namun pemain Croatia tetap disambut seperti juara sebaik sahaja pulang dari Russia oleh penyokongnya.

Mereka yang membanjiri ibu kota Zagreb tadi dengan jumlah ratusan ribu penyokong dikawal baik oleh pihak polis Kawasan tersebut.

Pasukan pemain Croatia itu juga telah dibawa berarak menggunakan bas tanpa bumbung daripada lapangan terbang ke tengah-tengah dataran utama di ibu kota berkenaan.

Ia mengambil masa kira-kira lima jam untuk bas itu tiba ke Dataran Jelavic tatkala ia bergerak perlahan melepasi deretan penyokong yang mengibarkan bendera, memakai jersi Croatia merah dan putih serta menyanyikan lagu-lagu kebangsaan mereka.

Sejak negara di bawah jajahan Yugoslavia itu merdeka pada 1991, hanya sekali Zagreb dilihat penuh dengan orang ramai iaitu ketika kunjungan Pope John Paul II pada 1994.

Malah, dianggarkan lebih daripada 100,000 orang memenuhi dataran itu untuk meraikan kejayaan skuad Vatreni yang diketuai kapten dan pemenang Bola Emas, Luka Modric.

“Hrvatska, Hrvatska!” sorakan itu bergempita sebaik pengendali Croatia Zlatko Dalic dan barisan pemainnya mula masuk ke pentas utama di depan skrin besar  dengan tembakan confetti (kertas kecil)  berwarna merah putih memenuhi ruang udara.

Pemain dan penyokong turut bersama menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.

“Terima kasih Croatia, terima kasih Zagreb! Impian kita sudah tercapai,” kata Modric kepada penyokong.

Croatia mencipta sejarah baharu kali ini apabila mara kali pertama ke pentas final Piala Dunia, namun tumbang kepada Perancis 4-2 dalam perlawanan penuh menghiburkan di Stadium Luzhniki.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans