Syarat & Terma Peraduan Wefie Channel W – Channel W

Syarat & Terma Peraduan Wefie Channel W

Ada gambar Wefie yang bermakna untuk anda? ‘Share’kan gambar Wefie anda untuk memenangi iPhone X dan lain-lain hadiah mingguan. Anda hanya perlu:

  • Like akaun Facebook Channel W dan Like post kami.
  • Tag 5 rakan anda di ruang komen post kempen kami.
  • Pos kan gambar Wefie anda di ruang Facebook anda dengan hashtag #memoriw dan #channelw
  • Tulis kapsyen mengapa gambar Wefie itu bermakna untuk anda.
  • Pastikan setting post Facebook anda itu dibuka kepada Public dan bukan Friends sahaja

Setiap minggu, mulai 5 Februari hingga 4 Mac 2018, kami akan memilih gambar-gambar yang paling menarik untuk menjadi pemenang mingguan. Pemenang-pemenang mingguan akan diumumkan di ruang Facebook kami. Pemenang-pemenang mingguan kemudiannya akan dipilih untuk memenangi hadiah utama iPhone X

Hadiah Utama Peraduan Memori W

TERMA-TERMA DAN SYARAT PERADUAN

  1. Peraduan ini tamat pada 4 Mac 2018.
  2. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas sahaja.
  3. Pemenang mingguan dan hadiah utama akan diumumkan di media sosial dan laman web Channel W.
  4. Tidak dibenarkan mengguna foto hak cipta terpelihara yang tertera dimana mana laman web.
  5. Gambar yang dihantar mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua orang dan salah seorang mesti yang mengambil gambar itu.
  6. Dengan menyertai peraduan ini setiap peserta mengesahkan bahawa gambar yang dihantar adalah gambar milik penuh mereka dan, jika menggunakan apa-apa bahan-bahan pihak ketiga, bahawa ini telah diberi kebenaran sepenuhnya dan tidak lagi dilindungi oleh hak cipta atau lain-lain hak Harta Intelek.
  7. Setiap penyertaan memberi kepada Penganjur Peraduan hak, bebas dari royalti, lesen bukan eksklusif untuk mengedit, menerbit, menterjemah, mengubah suai, menyesuaikan, menyediakan dan mengedarkan penyertaan dalam mana-mana media cetak, elektronik dan atas-talian.
  8. Pemenang perlu hadir di pejabat Channel W untuk menebus hadiah yang dimenangi.
  9. Jika dipilih sebagai pemenang, peserta peraduan ini bersetuju untuk mengambil bahagian dalam aktiviti promosi dan publisiti acara peraduan dan membenarkan penggunaan nama dan gambar mereka dalam publisiti sedemikian.
  10. Sebarang keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
  11. Channel W boleh mengubah terma & syarat peraduan tanpa notis terlebih dahulu.

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans