Perak beri tiket percuma kepada penyokong PKNP – Channel W

Perak beri tiket percuma kepada penyokong PKNP

Kerajaan negeri Perak mengumumkan akan memberi tiket percuma kepada penyokong untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di antara pasukan PKNP dan Pahang di Stadium Perak di sini esok.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu melalui rakaman video yang dimuat naik di laman rasmi media sosial PKNP, pada Sabtu.

Penyokong boleh mendapatkan tiket percuma mulai esok di Stadium Perak iaitu di Kaunter Pentas Utama (2 hingga 6 petang) dan Kaunter B, D dan E (6 petang hingga 9.45 malam) maksimum empat keping tiket setiap seorang.

Menurutnya, peminat perlu memberikan sokongan penuh kepada para pemain untuk menjulang nama negeri Perak dan mendoakan agar PKNP mendapat kemenangan dalam perlawanan esok.

“Para pemain perlu beraksi bersungguh-sungguh dengan mempersembahkan semangat juang yang kuat dan disiplin yang baik,” katanya.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan Sabtu lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans