Peralihan kuasa secara aman bukti pilihan raya telus – Channel W

Peralihan kuasa secara aman bukti pilihan raya telus

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa ia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan telus, adil dan saksama dalam mengendalikan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diadakan pada 9 Mei 2018 (Rabu) sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Keputusan rasmi PRU-14 juga telah dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mei 2018.
Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, proses peralihan kerajaan yang berlaku secara aman dan teratur dengan tertubuhnya kerajaan baru yang mendapat mandat rakyat dengan diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan bahawa amalan demokrasi matang terus subur dan terpelihara di Negara ini. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, namun SPR tetap berpegang sebagai sebuah badan bebas yang berkecuali dalam memastikan amalan demokrasi kekal terpelihara.
Untuk makluman, jumlah peratusan pemilih yang keluar mengundi pada PRU-14 lalu adalah 82.32 peratus (12,299,514 orang) daripada jumlah keseluruhan pemilih berdaftar bagi PRU-14 iaitu 14,940,624 orang.
SPR dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang dilantik bagi memimpin dan mentadbir Kerajaan Persekutuan. SPR juga mengucapkan tahniah kepada semua Kerajaan Negeri yang telah menerima mandat rakyat untuk memerintah dan mentadbir negeri masing-masing.
Di samping itu, SPR juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada semua petugas-petugas pilihan raya, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan dan Agensi kerajaan, semua calon-calon pilihan raya, para pengundi, pihak media  dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah memastikan penjalanan proses PRU-14 dilaksanakan dengan lancar, aman dan telus.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans