Perarakan Di Rakhine Bertukar Ganas, 7 mati 12 Cedera – Channel W

Perarakan Di Rakhine Bertukar Ganas, 7 mati 12 Cedera

Polis Myanmar menembak mati tujuh penunjuk perasaan manakala 12 lagi cedera di wilayah Rakhine selepas sambutan meraikan kejatuhan kerajaan Buddha purba, Arakan bertukar ganas.

Setiausaha kerajaan Rakhine, Tin Maung Swe, berkata penunjuk perasaan itu berhimpun lewat Selasa di bandar Mrauk U di utara Rakhine bagi meraikan detik berakhirnya kerajaan Arakan.

Insiden terbaru di wilayah terbabit adalah antara cabaran perlu diselesaikan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, selain tuntutan autonomi oleh puluhan etnik lain selepas memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1947.

Menurut Maung Swe, hampir 4,000 orang mengerumuni bangunan kerajaan selepas sambutan meraikan kejatuhan kerajaan Arakan lebih 200 tahun lalu.

“Penganjur tidak memperoleh sebarang kebenaran untuk mengadakan sambutan ini. Pihak polis pada mulanya menggunakan peluru getah bagi menyuraikan peserta namun mereka enggan berganjak.

“Pasukan keselamatan akhirnya terpaksa melepaskan tembakan apabila beberapa peserta cuba merampas senjata milik anggota polis,”

Ahli Parlimen Mrauk U, Tun Ther Sein ketika dihubungi berkata, penunjuk perasaan yang cedera parah dibawa ke pusat rawatan di ibu negeri, Sittwe untuk rawatan lanjut. – Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans