Perbaiki Postur Badan dengan Senaman Yoga! – Channel W

Perbaiki Postur Badan dengan Senaman Yoga!

Jika minggu lepas, kami kongsikan dengan anda 6 pose yoga untuk pemula, kali ini kami akan sajikan anda kesinambungan senaman yoga yang boleh dilakukan di rumah dan juga untuk pemula yang baru ingin mencuba!

Elemen senaman dalam yoga semakin popular selepas dibuktikan bermanfaat oleh pelbagai kajian dan penyelidikan di negara barat mahupun negara kelahiran amalan purba itu sendiri, India.

Terdapat banyak kebaikan melakukan yoga untuk kesihatan kita antaranya seperti menenangkan fikiran dan ia juga untuk menghilangkan segala stress yang membelenggu pada diri.

Di samping itu juga, ia mampu mengurangkan berat badan, membaiki postur badan dan ianya sama seperti anda berjalan selama satu jam!

Senaman yoga menuntut semua pergerakan otot, menjadikan lebih fleksibel dan menguatkan tulang.

Minggu ini kami nak kongsikan dengan anda ANTARANYA:

 

  1. Cat Cow Pose Atau Dikenali Sebagai Bitilasana Pose

Cat PoseCat Pose ini boleh bukan sahaja boleh dilakukan untuk pemula malah boleh dilakukan untuk ibu yang mengandung. Kelebihan melakukan senaman yoga ini dapat meningkatkan kelenturan pada tulang belakang dan dapat membantu mengawal emosi dan fikiran menjadi lebih tenang.

Cara melakukan senaman yoga ini, dengan melengkungkan punggung membentuk huruf U. Lalu turunkan kepala hingga menatap lantai dan secara bersamaan lengkungkan punggung. Pastikan posisi dua tangan dan kedua lutut di lantai dengan posisi kepala menunduk ke lantai. Perlahan angkat kepala hingga menatap langit.

Seterusnya, turunkan kepala hingga menatap lantai dan secara bersamaan lengkungkan punggung hingga membentuk huruf ‘N’. Tahan posisi ini dengan 3-5 tarikan nafas.

Cat Cow Pose

 

  1. Postur kobra atau dikenali sebagai bhujangasana

Senaman ini sangat baik untuk meningkatkan kelenturan tulang belakang dan mengurangi nyeri punggung. Postur Kobra biasanya dilakukan sebagai bahagian dari rangkaian gerakan pemanasan suryanamaskara dalam latihan yoga.

Cara melakukan senaman yoga ini berbaring di atas perut dengan kedua kaki sedikit terpisah dan tempatkan telapak tangan di bawah bahu. Seterusnya, panjangkan melalui tulang ekor, dan mulai tarik dada ke depan dan ke atas. Siku harus dekat dengan badan, mulai untuk memanjangkan lengan ke tingkat apa pun yang dirasa baik untuk punggung. Lihat ke atas sedikit. Bernafas di posisi ini sekurangnya tiga tarikan nafas panjang.

Postur Kobra

 

  1. Child Pose atau dikenali sebagai Bālāsana

Senaman yoga ini terdapat banyak manfaat seperti menenangkan pikiran, meringankan stress, dan dapat membantu jika kita ingin melakukan stretching pada pinggul, paha, dan pergelangan kaki. Selain itu, Child’s Pose dapat dilakukan tanpa pemanasan kerana ini adalah gerakan istirehat.

Cara melakukan senaman yoga ini dengan mulakan pada posisi berlutut dengan kedua lutut sedikit melebar. Seterusnya, merangkak ke depan dengan tangan, lengan lurus dan di posisi depan. Bertahan pada posisi tubuh relaks pada paha untuk beristirehat di lantai. Bernafaslah di posisi ini sekurang-kurangnya tiga tarikan nafas panjang.

Child Pose

 

  1. Seated Forward Bend atau dikenali sebagai Paschimottanasana

Manfaat melakukan senaman yoga ini mampu merengangkan tulang belakang dan bahagian – bahagiantubuh lain yang tegang saat mengalami haid. Selain itu, senaman ini juga mampu meminimumkan kepenatan tubuh, mengurangi sakit kepala, dan menenangkan fikiran.

Cara melakukan senaman ini ialah menurunkan badan ke kedua kaki yang sudah diluruskan dengan posisi punggung tetap lurus. Gerakan ini dilihat sederhana tetapi sukar dilakukan kerana keadaan tubuh agak tegang.

 

Seated Forward Bend

 

  1. Seated Spinal Twist Pose atau dikenali sebagai Ardha Matsyendrāsana

Senama yoga ini dapat meningkatkan kelenturan tulang belakang. Ianya juga dianggap dapat membantu pencernaan dan memperbaiki aliran darah ke organ vital. Tetapi tidak disarankan bagi orang yang menderita sakit pada lutut atau punggung bawah.

Cara melakukan senaman yoga ini dengan Mulakan duduk dengan duduk kaki lurus kehadapan. Seterusnya, tekuk lutut kanan dan taruh kaki kanan di lantai di sebelah luar paha kiri. Anda dapat menahan kaki kiri lurus, atau bengkukkan dan tempatkan tumit kiri di bawah otot pinggul kanan. Putar badan ke kanan dan letakkan tangan kanan di lantai di belakang tulang. Dekatkan  lengan kiri pada kaki kanan dan letakkan tangan kanan di atas lantai di belakang tulang.

Akhir sekali, tarik nafas panjang untuk memanjangkan tulang belakang, lalu letakkan lengan kiri di luar paha kanan. Gunakan lengan untuk menekan pada paha dan paha harus ditekan pada lengan untuk memutar pada hembusan nafas. Jaga pola pernafasan ini sekurang-kurangnya tiga nafas panjang. Ulangi gerakan pada sisi lainnya.

Seated Spinal Twist Pose

 

Senaman yoga yang kami kongsikan ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Semakin banyak latihan dibuat semakin banyak pose yoga yang boleh dilakukan untuk anda ke tahap intermediate atau pertengahan.

Kami akan kongsikan lagi pose yoga untuk tahap intermediate pula pada minggu hadapan.

Tak sabarnya nak kongsi dengan semua!

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans