Perdana Menteri Terima Kunjungan Sultan Brunei – Channel W

Perdana Menteri Terima Kunjungan Sultan Brunei

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah di Putrajaya pada hari pertama beliau bertugas hari ini.

Baginda tiba kira-kira jam 11.43 pagi dengan memandu sendiri kenderaan jenis Mercedes dengan nombor pendaftaran XIII NAM serta diiringi rombongannya.

Hadir sama ialah anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Dari Kiri ; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri. Foto – Laman Rasmi Facebook @TunDrMahathir

Kunjungan hormat ini adalah yang julung selepas YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Terdahulu, YAB Perdana Menteri memulakan tugas pagi tadi di pejabatnya sendiri di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans