Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, hari ini mengumumkan beliau hamil anak pertama, yang dijangka dilahirkan Jun ini.
Ardern berkata, Timbalan Perdana Menteri, Winston Peters, akan bertindak sebagai pemangku beliau selama enam minggu selepas kelahiran bayinya.
Mengakui hubungan mereka baik, Ardern menegaskan beliau dan Peters mampu mengharungi tempoh itu.

Dalam kenyataan menerusi e-mel, Peters memberitahu beliau akan menyambung tugas Perdana Menteri selepas cuti berakhir.
Pemimpin Parti Buruh berusia 37 tahun itu menjadi Perdana Menteri Oktober lalu, menamatkan penguasaan Parti Kebangsaan selama hampir sedekad.
You must be logged in to post a comment Login