Perjuangan telah bermula – Netizen – Channel W

Perjuangan telah bermula – Netizen

Perjuangan Telah Bermula. Itu antara posting kebanyakkan netizen di media sosial mereka apabila calon telah diumumkan di negeri masing-masing.

Mengambil contoh kawasan parlimen Teluk Intan, masing-masing meletakkan gambar calon mereka dan mula berkempen. Apa yang jelas semangat untuk mula berkempen untuk calon bertanding sudah bermula.

” Ini Calon Kami Untuk Parlimen Teluk Intan P076, Dato Seri Mah Siew Keong dan 2 Dun N55 Pasir Berdamar Mr Kong Sun Chin Dun N56 Changkat Jong Dato Mohd Azhar Jamaluddin. Warga Teluk Intan Jom Kita Undi Barisan Nasional ” kata Tengku Nazri, pelayar media sosial Facebook

BN Selangor pula menampilkan 57 muka baharu daripada keseluruhan 78 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

34 ahli perniagaan, 13 profesional, 6 penjawat awam, 2 bekas pegawa tinggi kerajaan dan selebihnya penyandang kerusi serta tokoh politik tempatan.

Sekali pandang PRU14, Barisan calon BN dilihat yang terbaik untuk mempertahan Negeri Sembilan, Melaka, Joor dan merampas Kelantan dan Selangor.

Kebanyakkan calon muka-muka yang disenangi akar umbi dan banyak menabur jasa kepada parti dan penduduk.

Bagi pengundi yang mahukan Malaysia terus kekal dengan keamanan dan kemakmuran bukan suatu yang mustahil merealisasikan barisan baharu ini sebagai pemimpin mereka menyuarakan apa jua permasalahan setempat ke peringkat tertinggi.

Selamat berjuang kepada yang berkempen dan bertanding bermula 28 April ini.

 

 

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans