Perkahwinan Putera Harry dan Megan Markle meriah – Channel W

Perkahwinan Putera Harry dan Megan Markle meriah

Majlis perkahwinan Putera Harry dan Megan Markle berlangsung dalam suasana meriah Istana Windsor.

Ia dihadiri kaum kerabat diraja Britain dan rakan-rakan Markle yang terdiri daripada selebriti Hollywood.

Turut kelihatan Victoria dan pasangannya David Beckham dan Sir Elton John, James Blunt dan Oprah Winfrey antara 20 tetamu kehormat yang diundang khas.

Pasangan diraja itu akan menggunakan gelaran Duke dan Duchess of Sussex, gelaran yang dianugerah oleh Ratu Elizabeth beberapa jam sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung.

  

1.9 bilion seluruh penduduk dunia menyaksikan perkahwinan diraja itu secara langsung dipancarkan di kaca tv serta internet dan begitu teruja dapat menyaksikan peristiwa bersejarah melibatkan majlis kerabat diraja Britain.

Markle begitu anggun dan berseri sekali mengenakan gaun perkahwinan serba putih yang direka oleh pereka Britain terkemuka Clare Waight Keller.

Tambahan pula veil sepanjang 8 meter yang dikenakan penggantin perempuan sangat menakjubkan dengan Tiara Mahkota yang bergemerlapan, dipinjamkan khas daripada Ratu.

Tidak hairanlah Putera Harry memuji Markle, dia kelihatan begitu menakjubkan setibanya mereka di pentas altar dan dibalas ucapan Terima Kasih daripada pengantin perempuannya.

Putera Harry begitu tampan mengenakan uniform ‘frockcoat’ berwarna biru dengan pengapitnya dari kerabat Duke of Cambridge.

Pasangan itu melemparkan senyuman paling manis sepanjang perjalanan majlis perkahwinan mereka itu kepada 30 keluarga diraja yang hadir dan rakyat jelata yang sama-sama berbaris sepanjang jalan menuju gereja St George, beramai-ramai memeriahkan  hari berbahagia pasangan diraja kesayangan mereka.

Pasangan diraja itu akhirnya  diarak ke Istana Buckingham menaiki kereta kuda melambai-lambaikan tangan mereka kepada lebih 100 ribu rakyat jelata yang hadir memeriahkan mereka.

Ia memaktubkan perkahwinan diraja itu sebagai sebuah perkahwinan yang diimpikan di dalam kisah dogeng kanak-kanak yang menjadi kenyataan.

Putera Henry diputerakan pada 15 September 1984 merupakan Putera kedua hasil perkahwinan mendiang Puteri Diana dan Putera Charles.

Baginda merupakan cucu kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip.

Meghan Markle, 36, dilahirkan di Los Angeles dikenali sebagai artis serta jelitawan yang budiman apabila aktif sebagai aktivis kemanusiaan.

 

 

 AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans