Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata demikian kepada media bagi menerangkan, situasi itu berbeza dengan kedudukan Malaysia berada di tangga teratas pada tahun 1970-an.

Malah, dakwa beliau, kedudukan negara Vietnam lebih baik berbanding Malaysia.

“Saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat semula, nombor satu semula,” katanya ketika sesi waktu pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah Ahli Parlimen Port Dickson yang meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan mengenai isu peruntukan dan pertahanan di kementeriannya.