Pesara Polis Dapat Kuota Khas Tunai Haji – Channel W

Pesara Polis Dapat Kuota Khas Tunai Haji

Perdana Menteri mengumumkan empat khabar gembira buat 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Datuk Seri Najib Razak berkata, mulai tahun ini, kerajaan memberi peruntukan RM3 juta setahun, selama tiga tahun untuk Tabung Amanah Warisan PDRM bagi menjaga kebajikan pesara polis dan keluarga mereka.

Beliau berkata Jumlah kuota khas untuk menunaikan haji akan diumumkan selepas mendapat isyarat mengenai jumlah kuota daripada Raja Salman Penjaga dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

  1. RM3 juta setahun, selama tiga tahun untuk Tabung Amanah Warisan PDRM
  2. Kuota khas menunaikan haji untuk pesara polis
  3. Kuota khas rumah menerusi skim Rumah Mampu Milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM
  4. Unit Hal-ehwal Veteran Polis disusun semula dan cawangannya dibuka di setiap negeri.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).

Dalam pada itu, Najib turut mengarahkan Mohamad Fuzi melihat semula kumpulan pesara polis yang belum menerima pengiktirafan atas jasa dan pengorbanan kepada negara.

Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan pesara polis supaya tidak menjadi musuh dalam selimut yang mendedahkan rahsia negara kepada musuh.

Katanya, sesiapa juga membocorkan maklumat negara adalah musuh negara dan musuh dalam selimut amat bahaya kepada negara.

Najib juga berharap pesara polis terus menyokong kerajaan kerana mereka secara berterusan diperlukan oleh negara.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans