Pesawat Air Canada Mendarat Cemas – Channel W

Pesawat Air Canada Mendarat Cemas

WASHINGTON: Sebuah pesawat penumpang Air Canada yang membawa 67 penumpang mendarat cemas di sebuah lapangan terbang di sini, selepas juruterbang terlihat asap keluar dari kokpit.

Menurut syarikat penerbangan, tiada kecederaan dilaporkan.

“Pesawat dua enjin, jenis Embraer 175 yang menuju ke Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington dari Toronto itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles di utara Virginia pada jam 6.18 petang (waktu tempatan),” kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan itu berkata, semua 63 penumpang dan empat anak kapal pesawat Air Canada penerbangan 7618, yang dikendalikan oleh Sky Regional itu, berjaya menyelamatkan diri keluar dari pesawat itu tanpa sebarang kecederaan.

FAA berkata, ia akan menyiasat kejadian itu, namun setakat ini agensi atau syarikat penerbangan belum memberikan sebarang maklumat mengenai asap yang dilaporkan keluar dari kokpit.

Gambar yang dipaparkan di Twitter oleh seorang penumpang menunjukkan sekumpulan pengembara berkumpul di lapangan terbang di Dulles dengan sebuah kenderaan kecemasan diletakkan di sebelah kapal terbang di landasan. – Reuters

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans