Pesawat Serang Pasar – Channel W

Pesawat Serang Pasar

AMMAN : Sekurang-kurangnya 15 orang maut apabila sebuah pesawat disyaki sebagai pesawat perang Russia menyerang pasar yang sesak dengan pengunjung di Ariha, Syria.

Ia adalah serangan kedua dalam tempoh 24 jam membabitkan kawasan tumpuan orang ramai di bandar Idlib yang dikuasai pemberontak.

Menurut saksi, mereka melihat pesawat itu terbang tinggi, berbeza dengan pesawat usang milik tentera udara Syria.

Pertahanan Awam yang dikendalikan puak pemberontak berkata, insiden berkenaan turut mencederakan 20 orang lain.

Sekurang-kurangnya 15 orang maut apabila sebuah pesawat disyaki sebagai pesawat perang Russia merempuh kawasan pasar yang padat dengan pengunjung di Ariha, Amman.

Rakaman video oleh aktivis tempatan menunjukkan kerosakan besar berlaku di lokasi kejadian, dengan beberapa bahagian anggota tubuh manusia dilihat bertaburan di merata tempat.

Penduduk tempatan berkata kejadian berkenaan berlaku pada waktu paling sibuk.

Kementerian Pertahanan Russia ketika dihubungi, menyatakan serangan itu disasarkan terhadap militan Islam, menafikan dakwaan saksi dan penduduk setempat bahawa pesawat perang negara itu sengaja menjadikan kawasan pasar, pusat perubatan serta kediaman penduduk sebagai sasaran.

Menurut petugas di Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk tempatan, berpuluh serangan telah dilancarkan ke atas pekan Khan Sheikhoun, Maarat al Numan, Saraqeb serta beberapa perkampungan lain sejak Ahad lalu. – Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans