Pesta Angin Timur Perlis Bantu Jana Ekonomi Rakyat Tempatan – Channel W

Pesta Angin Timur Perlis Bantu Jana Ekonomi Rakyat Tempatan

KANGAR – Pesta Angin Timur Perlis yang merupakan satu daripada program untuk menyemarakkan aktiviti kebudayaan tempatan di negeri ini, akan diadakan pada 9 hingga 11 Mac ini di Kampung Bangsai Lebah, Kayang dekat sini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, Rahmat Md Noh berkata penganjuran pesta tahunan kali keenam itu, merupakan cerminan kehidupan dan budaya rakyat di Perlis, di samping membantu menjana ekonomi rakyat tempatan.

Jelas Rahmat dalam satu kenyataan, program ini juga salah satu produk pelancongan dijayakan secara kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan, yang turut memberi tajaan dan menyelaras aktiviti.

Katanya menerusi penganjurannya juga, kefahaman mengenai budaya sesebuah masyarakat dapat dipertingkatkan, selain mengeratkan kerjasama antara masyarakat dengan agensi kerajaan.

Rahmat berkata lebih 100,000 pengunjung dijangka menghadiri pesta yang bermula pukul 10.30 pagi hingga 11.30 malam itu.

Antara program menarik sepanjang pesta itu adalah pertandingan menangkap belut, lumba kerbau besi, karaoke lagu rakyat, jualan amal ‘Kiah Pekasam’, sukan motor lasak dalam bendang, kenduri rakyat, ‘funfair’ dan ‘soopa doopa’.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh hubungi 04-9793600.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans