Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan untuk  menolak permohonan syarikat minyak nasional itu.

Hakim Ahmad berpuas hati bahawa perisytiharan yang dimohon oleh Petronas tidak tertakluk di bawah ruang lingkup dan bidang kuasa asal Mahkamah Persekutuan.

Pada 4 Jun lalu, Petronas memfailkan petisyen bagi mendapat perisytiharan bahawa syarikat itu memiliki kuasa eksklusif untuk mengawal selia aktiviti huluan dalam industri minyak dan gas di seluruh Malaysia, termasuk Sarawak.