Petronas Gas Catatkan Pendapatan Kukuh Dan Perolehan Terbaik – Channel W

Petronas Gas Catatkan Pendapatan Kukuh Dan Perolehan Terbaik

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PetGas) berkembang sebanyak 4.6 peratus kepada RM1.82 bilion selepas mencatatkan pengukuhan perolehan dalam tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017.

Perolehan meningkat sebanyak 5.4 peratus, pada RM4.81 bilion, tahap tertinggi yang direkodkan, disumbangkan oleh aliran pendapatan daripada terminal regasifikasi gas asli cecair (LNG) yang kedua di Pengerang, Johor, yang telah beroperasi secara komersil pada November tahun lepas.

Menurut Petronas Gas ia turut disokong oleh hasil segmen utiliti yang tinggi berikutan peningkatan permintaan ke atas tenaga elektrik dan wap, ditambah pula dengan realisasi harga jualan yang lebih baik sejajar dengan kenaikan harga bahan api gas pada Januari dan Julai 2017.

Melangkah ke hadapan, kumpulan menjangkakan prestasinya akan kekal kukuh, disokong oleh aliran pendapatan yang teguh dan mapan daripada perjanjian-perjanjian membabitkan pemprosesan serta pengangkutan gas yang ditandatangani dengan syarikat induknya, Petroliam Nasional Bhd.

Selain itu, aliran pendapatan bagi segmen regasifikasi akan berkembang dengan penuh pada tahun pertama pengoperasian terminal regasifikasi LNG di Pengerang, Johor.

“Seperti yang diumumkan oleh kumpulan pada 15 Jan 2018, Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2016 telah berkuatkuasa mulai 16 Jan 2018, dan Suruhanjaya Tenaga telah mengesahkan bahawa tarif semasa untuk perkhidmatan regasifikasi dan pengangkutan akan dikekalkan sehingga penghujung 2018,” katanya.

PetGas berkata bahawa ia sedang dalam perbincangan dengan Suruhanjaya Tenaga mengenai rangka kerja dan kuantum berkenaan tarif tersebut melangkaui 2018.– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans