Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop mengumumkan keputusan itu selepas Mahkamah Persekutuan selesai mendengar permohonan syarikat  itu mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

Petronas  diwakili oleh peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar manakala Kerajaan Negeri Sarawak diwakili oleh Peguam Negeri Sarawak, Datuk Seri J.C. Fong.

4 Jun lalu, Petronas memfailkan petisyen bagi mendapat perisytiharan bahawa syarikat itu memiliki kuasa eksklusif untuk mengawal selia aktiviti huluan dalam industri minyak dan gas di seluruh Malaysia, termasuk Sarawak.