Peugeot 5008 Praktikal dan eksklusif – Channel W

Peugeot 5008 Praktikal dan eksklusif

NASIM Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot melancarkan model terbaru kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 5008 Serba Baru yang lebih praktikal dan eksklusif.

Peugeot 5008 ini mempunyai  tujuh tempat duduk daripada segmen C itu menawarkan ruang dalaman luas, sekali gus memenuhi kehendak pelanggan yang mementingkan keselesaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nasim Sdn Bhd Yasser Awan memaklumkan, model terbaharu ini bakal menjadi penanda aras bagi model SUV pada masa akan datang.

Model ini,  4,641 milimeter (mm) panjang dan 1,844 mm lebar, Peugeot 5008 Serba Baru tampil dengan enjin 1.6L THP Turbo dengan kuasa 167 PS pada 6,000 rpm, manakala daya kilas maksimum 240 Nm pada 1,400 rpm bersama transmisi automatik enam kelajuan Quickshift Tech.

Kelajuan maksimum dicatatkan adalah 206 kilometer sejam (km/j), sementara tahap penggunaan bahan api sekitar 7.3 liter per 100 kilometer.

Teknologi terkini termasuk penggunaan LED pada lampu hadapan, belakang dan lampu kabus serta rim bersaiz 18 inci.

Ruang dalaman pula didatangkan bersama paparan pelbagai fungsi skrin sentuh bersaiz lapan inci, pembesar suara Arkamys 3D, balutan kulit hitam Claudio dan lampu kabin LED.

Berharga RM173,888 tanpa insurans, empat warna ditawarkan antaranya Kristal Emerald, Kelabu Amazonite, Hitam Nera dan Putih Pearlescent.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans